Friday, April 23, 2010
Bila Sufi Berlalu Pergi
Pada awalnya sebuah tamadun, bangsa,negara, kumpulan atau 'Groups' bermula dengan sifar atau dalam keadaan tak ada apa satu. Kemudian mereka belajar untuk survive. Mereka akan saling membantu, tolong-menolong. Semua ini dilakukan untuk memenuhi keperluan asas, tak kiralah samada dari segi keperluan fizikal atau keperluan rohani.
Mereka akan saling menyayangi, hormat menghormati. Segala masalah diselesaikan dengan terus-terang dan terbuka, tak ada sindir-menyindir, perli-memperli. Segalanya aman damai tanpa sebarang puaka dan raksasa.
Kemudian mereka ke zaman kemuncak iaitu zaman kehendak, apabila segala keperluan asas sudah dipenuhi maka datang pula keinginan. Keinginan ini adalah supaya segala aktiviti untuk mencari keperluan asas ini menjadi lebih mudah.
Pada zaman keinginan inilah datangnya para sufi dan auliya dengan tujuan untuk mengawal agar keinginan tadi tidak dikawal oleh nafsu. Setelah segala keinginan terpenuhi, maka tiba pula satu zaman dimana mereka mencari hiburan. Apabila datangnya hiburan, datanglah pula nafsu. Apabila nafsu sudah beraja, wadah ilmu yang digembar-gemburkan hilang entah kemana. Asyik cerita lagu, bowling, lepak, berkhemah, perjumpaan, percintaan putus ditengah jalan, akedemi yang menganjurkan pertandingan lagu-lagu tak adil. Yang sunah diperlekehkan hingga punah. Orang yang berjihad dikatakan jahat,lalu kena minat pejuang agama dan tanah air itu.
Bini nak pakai tudung, pakai. Tak mau pakai tak apa. Agama hak masing-masing. Ingat Islam tu kau yang cipta, suka-suka buat, tak suka tak payah buat. Ingat kat sana nanti tak ditanya, bagaimana pimpinan dibawahmu engkau jaga. Masa tu kawan, bini yang lawa tu pun nak lepas diri ajer tau. "Laki aku tak suruh pun". Hello brader, masa tu api neraka menulang-julang depan mata, nak ke tanggung bini punya dosa.
Kemudian wujud pula zaman persaingan yang haloba. Masing-masing mahu menunjukkan ego,angkuh dan bangga. Sejarah dimana mereka ingin survival bersama-sama sudah bertukar menjadi 'survival of the fittest'. Masing-masing ingin menjatuhkan masing-masing. Ketika inilah munculnya segala raksasa, puaka dan geruda. Sindir-menyindir, perli, caci mencaci, tohmah sampai ke kaum keluarga mula merebak dengan pantasnya.
Ketika inilah keadaan sudah retak menanti belah. Para sufi tidak takan tertahan dalam keadaan begini. Mereka akan segera berlalu pergi. Tujuan mereka bukan untuk berdebat atau berlawan dengan raksasa bermata hijau. Tujuan mereka adalah untuk berkongsi rahsia cinta dari Kekasih yang sejati.
Namun ada menyatakan kasihan sang sufi itu. Dia sudah berlalu pergi. Patutnya kasihan diri sendiri. Dia tetap sufi walau dimana sahaja, sekalipun dia dihina tidak akan mengurangkan darjatnya. Sekalipun dia dipuji, sedikit pun tidak menaikkan darjatnya. Sudah menjadi tertib sebuah kemusnahan, tak kiralah bangsa atau negara. Segala kemusnahan bermula dengan kehilangan para sufi, wali dan ulama serta guru-guru.
Kerana Allah tak mahu mereka ini turut musnah bersama dengan orang yang lalai, maka mereka dibawa pergi terlebih dahulu. jadi berhati-hatilah, bila sufi sudah berlalu pergi, bila guru sudah diangkat kembali, waktu kemusnahan pasti tidak lama lagi. tak kiralah dalam negara ke, dalam kampung ke, dalam groups ke. Bila penyebar tauhid sudah tiada maknanya kemusnahan bakal menjelma. Sama juga kiamat tidak akan terjadi selagi tauhid masih wujud.
Bila berlalunya para penyebar ilmu tauhid, bila berlalunya ilmu sufi dihati masing-masing. Maka datanglah penyakit yang penuh keluh kesah tanpa diketahui puncanya. Segala benda remeh-temeh pun boleh buat gila. Duit tak ada disalahkan ekonomi. Negara hiruk-pikuk disalahkan pemimpin. Dalam rumahtangga isteri marahkan suami, laki pukul bini. anak haru-biru. Awek cabut lari pun boleh jadi gila ( macam pompuan dalam dunia ni dah habis). Segala penyakit yang tak disangka-sangka mula muncul. Duit masuk beribu-ribu sebulan, tapi dok tak cukup jugak. Makanan berlambak-lambak, tapi tak kenyang-kenyang jugak. Tilam punyalah empuk, tapi tidur tak jugak lena.
Ku lihat sufi itu bukanlah raja
namun dia dihormati disepanjang masa
ku lihat sufi itu bukanlah hartawan
namun hartanya melimpah ruah
kulihat sufi itu bukanlah Dr. Phd
namun dia bagaikan mengetahui segalanya
lalu kutanya apa rahsianya
jawabnya,"Aku mengetahui tentang Allah dan
Allah mengetahui segala-galanya
Ku lihat sufi itu seperti aku juga
yang sentiasa diuji dengan masalah
namun raut wajahnya tak pernah ada resah
kutanya lagi apa rahsianya
lalu jawabnya "hidup ini sementara,
bagaikan mimpi, ibarat embun pagi akan hilang bila terbitnya mentari"
akhirat jua kekal selamanya.
namun ada yang benci sufi ini
ku nasihatkan satu sahaja
jangan berjumpa denganya
demi tuhan,kamu akan jatuh cinta padanya
Source: http://layan.7.forumer.com
Sangkaan
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan
ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh
kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia
supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana nasihat yang
disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah teguran atau nasihat
melainkan suatu kecemaran yang memalukan
Sayangilah Ibu Mu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Monday, April 5, 2010
Kata Lawan
Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Saya seorang dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)