Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa  selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah  dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh  bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar  sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan  berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab  dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa  gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu  : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu  : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu  : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu  : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu  : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu  : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu  : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu  : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu  : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu  : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu  : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu  : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu  : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu  : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu  : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu  : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu  : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu  : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu  : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu  : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu  : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu  : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu  : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu  : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu  : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu  : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu  : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Saya seorang dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
No comments:
Post a Comment