Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada  sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax  disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang  yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak  disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik  disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka  mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka  mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka  pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang  diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu  kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana  tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang  ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka  bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan
ukhwah seperti musnah  nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam  kesimpulan yang boleh
kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita  melihatnya.
Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan  secara rahsia
supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya kerana  nasihat yang
disampaikan di hadapan khalayak ramai itu bukanlah  teguran atau nasihat
melainkan suatu kecemaran yang memalukan
No comments:
Post a Comment